Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
November 28, 2021

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Empat dan Fasa Lima Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, hari ini.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.