Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Admin
November 28, 2021

Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 5 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.

Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa johor, khasnya penduduk daerah Segamat.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.

“Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan”

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.