Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KULAI

Admin
Mei 22, 2023

Yang Berbahagia En. Azmi Bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Batu, Kulai pada hari ini.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai, Yayasan Sejahtera Kulai, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua Kampung Sri Paya.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.