Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
Mei 21, 2023

Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam, daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai PTD, YDP MDSR, Kadi Daerah, CADO, ADO, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada pesakit kronik dan keluarga yang berpendapatan rendah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.