Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Admin
November 07, 2021

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Tenglu, Triang dan Penyabong Bagi Bulan November (Fasa 1 dan 2) Tahun 2021.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah En. Muhammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.