PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
By Admin
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 1 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Sri Medan (Parit Sulong).
Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Sri Medan (Parit Sulong); serta Ketua Kampung terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Pendekatan Ziarah Prihatin ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini. Gerak usaha ini berperanan sebagai satu langkah proaktif dan akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.