Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING BAGI BULAN DISEMBER 2021 (FASA 1)

Admin
Disember 15, 2021

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Padang Endau Bagi Bulan Disember (Fasa 1) Tahun 2021

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah Encik Muhammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing Tuan Haji Hefnee Bin Md. Noor, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing dan Penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.