TERIMA KASIH TUN
By Admin
Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul, ‘Capturing Hope’.
Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.
Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.
Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.
Dengan menyerang institusi diraja, Tun tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.
Satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.
Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. ‘I will see you soon, Tun’.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor