Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AS-SOLIHIN, KG. MELAYU SEDENAK, MUKIM SEDENAK, KULAI

admin
April 18, 2021

Bhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kulai telah menyerahkan kurniaan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid As-Solihin, Kg Melayu Sedenak, Tuan Haji Johar Bin Bahar, malam semalam.

Turut serta dalam penyerahan ini ialah As Syeikh Tuan Haji Amir Bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kulai; Tuan Haji Natazha Bin Hariss, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai; Tuan Syed Norul Shahril Bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; Tuan Haji Hamdan Bin Yahya, Penghulu Mukim Sedenak; Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Mukim Sedenak.

Terdahulu, Tuan Haji Zainor sempat bersolat Isyak, solat tarawih dan witir secara berjemaah sebelum majlis penyampaian kurniaan wang tunai tersebut.

Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada kariah masjid.

Menjunjung Kasih Tunku.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.