Skip to main content

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA TIGA BUAH KELUARGA BAGI BULAN APRIL FASA 3 DI MUKIM BULOH KASAP, DAERAH SEGAMAT

admin
April 17, 2021

1. Penerima pertama merupakan warga emas yang berkeadaan uzur akibat faktor usia dan beberapa masalah penyakit yang dihidapi. Beliau tinggal bersama isteri. Tinggal di Kampung Kenangan Batu Anam.

2. Penerima kedua merupakan warga emas yang berstatus ibu tunggal. Tinggal bersama seorang anak dan seorang cucu. Sumber pendapatan adalah daripada bantuan JKM dan sumbangan anak. Tinggal di Kampung Kenangan Batu Anam.

3. Penerima ketiga merupakan individu yang hanya bekerja sendiri (mengambil upah memotong rumput) untuk menampung 6 orang anak yang tinggal bersama. Menghidap penyakit kencing manis. Tinggal di Taman Perumahan Rakyat Batu Anam.

Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.

Menjunjung Kasih Tunku.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.