Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PENDUDUK DAERAH KULAI

Admin
Ogos 01, 2022

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan Penyampaian Kurniaan dari Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada penduduk di Mukim Kulai dan Mukim Senai.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Amin Baitulmal Kulai, Yayasan Sejahtera Kulai, Penghulu Mukim Kulai, Penghulu Mukim Senai, Pengurus Yayasan Sejahtera Kulai dan ketua-ketua kampung yang terlibat.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti pesakit kronik, keluarga B40, anak-anak yatim, OKU, asnaf dan mereka yang difikirkan layak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.