PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
By Admin
Ogos 02, 2022
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, bagi Bulan Julai telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada Pesara, Bekas Anggota Tentera yang Kurang Upaya dan Balu Anggota Tentera dan penerima-penerima ini telah dicadangkan dari Persatuan Veteran ATM Cawangan Segamat yang diketuai oleh Kapten (B) Ismail Jamil.
Turut diserahkan adalah kepada penerima kurang berkemampuan. Kesemua penyerahan kali ini melibatkan penerima Mukim Labis.





