PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SURAU ALFALAH KAMPUNG FELDA SUNGAI TIRAM, MUKIM SUNGAI TIRAM, DAERAH JOHOR BAHRU
By admin
April 30, 2021
Surau ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1965 di atas tanah berkeluasan 100′ x 100′ yang telah diwakafkan untuk tujuan Surau.
Surau ini boleh menempatkan seramai lebih kurang 200 jemaah pada satu-satu masa terletak jauh dari pusat bandar Johor Bahru dan di dalam proses pembaikan atap bumbung yang bocor, syiling yang telah rosak dan pembinaan bilik mesyuarat yang baru.
Semoga dengan sumbangan kurniaan ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada qariah surau ini.
Menjunjung Kasih Tunku.