PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR PADA 20.10.2020 (SELASA) DI SEKITAR DAERAH TANGKAK
By admin
Pegawai Daerah Tangkak, Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada tiga penerima dari Mukim Tangkak petang tadi.
Penerima pertama ialah Encik Shamsuddin Bin Osman, 35 tahun yang telah ditimpa kemalangan jalan raya pada Julai lepas.
Penerima kedua pula ialah Encik Amir Bin Tonot, berumur 46 tahun yang tinggal menumpang di rumah keluarganya. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan bisul.
Penerima ketiga ialah seorang OKU fizikal iaitu Encik Tulasinathan A/L Verappan, 46 tahun. Beliau telah menjalani pembedahan memasukkan besi di muka serta tangannya akibat kemalangan jalan raya.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penghulu Kanan, Tuan Haji Mohamad Khaidir Bin Ismail, Penghulu Mukim, Tuan Haji Mohd Nor Bin Mohaijin, Pegawai Perhubungan Masyarakat India serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga penerima ini.


