PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR
By admin
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada tiga penerima iaitu dua dari Mukim Senai dan seorang dari Mukim Kulai, petang tadi.
Penerima pertama ialah seorang lelaki OKU, En M Subramaniam, 52 tahun dari Rumah Flat Temenggong, Mukim Kulai yang menghidap penyakit sawan, kencing manis, darah tinggi dan strok selain tidak boleh menguruskan diri sendiri.
Penerima kedua pula ialah En A Saravanan, 54 tahun dari Kampung Sepakat Baru, Mukim Senai yang menghidap penyakit strok pada bulan Mei lalu selain menghidap penyakit asma dan tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas diberhentikan kerja.
Penerima terakhir ialah En J Logesvaran, 34, dari Lorong 3, Kulai Besar, Mukim Senai, yang merupakan seorang OKU masalah fizikal selain mempunyai komplikasi penyakit kronik dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, wakil Yayasan Sejahtera, Penghulu-Penghulu Mukim serta Pegawai Perhubungan Masyarakat India Daerah Kulai.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga penerima ini.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU