PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OKTOBER FASA 1 TAHUN 2020 DAERAH BATU PAHAT
By admin
YBhg. Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Bulan Oktober Fasa 1 Tahun 2020 pada 21 Oktober 2020.
Turut hadir, Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah; Puan Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah; Encik Mohamad Izzuddin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah; Encik Mohd Hairul bin Mohmed Khalib, Penghulu Mukim Linau; serta kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat dan wakil Amin Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Batu Pahat.
Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Linau seperti berikut:
1) Puan Fatimah binti Nawi
Kampung Parit Kassim
2) Encik Ismail bin Palal
Kampung Parit Yob Darat
3) Encik Mohtar bin Mohamed
Kampung Sri Bengkal
Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor iaitu Wang Tunai RM1,000.00 dan turut berpeluang menyampaikan Kurniaan DYMM Permaisuri Johor melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) iaitu Pelitup Separuh Muka yang boleh dibasuh (Washable Facemask) kepada setiap keluarga tersebut.
Selain itu, Tuan Pegawai Daerah turut berpeluang untuk menyampaikan barangan keperluan harian daripada Gobok Rezeki @ Batu Pahat yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Pejabat Pembangunan Negeri Johor bagi meringankan beban kepada keluarga yang memerlukan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih- lebih lagi ketika pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada semua pihak.
Program seumpama ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Permaisuri Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.
Semoga keluarga-keluarga yang dibantu dapat terus tabah dan dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.
Sembah Takzim Daripada:
Pegawai Daerah Batu Pahat dan Penduduk-Penduduk Daerah Batu Pahat
‘KEPADA ALLAH BERSERAH’
‘MUAFAKAT ITU BERKAT’