PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR
By admin
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam penerima di Mukim Bukit Batu, Kulai, petang semalam.
Penerima pertama ialah En Mahd Tib @ Mohd Tib Bin Suratman, 71 tahun dari Kampung Melayu Bukit Batu, yang kehilangan penglihatannya akibat penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.
Penerima kedua pula ialah Encik Zainal Bin Miun, 69, dari Kampung Melayu Bukit Batu yang menghidap kanser leukemia sehingga penglihatannya kabur selain masih melakukan sesi kemoterapi di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB).
Penerima ketiga dari kampung yang sama pula ialah Puan Siti Nur Qamarina Binti Aini, 34, yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak berumur 20 tahun selain merupakan ibu tunggal.
Penerima seterusnya pula dari Kampung Sri Paya ialah En Ithnin Bin Kuchit, 78, yang menghidap penyakit gout, darah tinggi dan kencing manis selain isterinya turut menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Turut dibantu ialah En Nazri Bin Tumpang, 49, yang tabah menjaga dua anak OKU selain menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Penerima terakhir ialah En Sabran Bin Hashim, 71, yang menghidap penyakit kencing manis dan kurang deria pendengaran selain terpaksa menjaga cucu selepas anaknya meninggal dunia.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras (JKPD) DUN Bukit Batu, Yang Berbahagia Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Amin Baitulmal Majlis Agama Islam Johor Daerah Kulai, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, wakil Yayasan Sejahtera serta Ketua Kampung Melayu Bukit Batu dan Ketua Kampung Sri Paya.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga penerima ini.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU