PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2020 (FASA 1 HINGGA FASA 4)
By admin
Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad, Pegawai Daerah Tangkak telah membuat Lawatan dan Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada golongan asnaf di Daerah Tangkak bagi bulan September Tahun 2020 (Fasa 1 hingga Fasa 4).
Lawatan ini turut disertai oleh Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Pegawai Perhubungan Masyarakat India serta kakitangan Pejabat Daerah Tangkak.
Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor iaitu Wang Tunai sebanyak RM1,000.00 dan turut berkesempatan menyampaikan Kurniaan DYMM Permaisuri Johor melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) iaitu Pelitup Separuh Muka yang boleh dibasuh (Washable Facemask) kepada semua keluarga tersebut.
Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan ditimpa musibah lebih- lebih lagi ketika pandemik wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Permaisuri Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut terlibat menjayakan program ini.
Sembah Takzim Daripada
Pegawai Daerah Tangkak dan Warga Kerja Pejabat Daerah Tangkak.