PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA BAGI DAERAH TANGKAK
By contributor
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak, Serom dan Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
Semua penerima mendoakan agar DYMM Sultan Johor, DYMM Permaisuri Johor dan DYAM Pemangku Raja serta semua Kerabat Diraja diberikan perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT.
Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.