PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH MERSING
By Admin
Julai 19, 2022
Pada hari ini, wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Muhibbah sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Tahun 2022.
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Mersing, Mukim Padang Endau dan Mukim Triang.
Program lawatan Ziarah Muhibbah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.