Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

Admin
Julai 11, 2022

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Tanjung Surat dan Pengerang, Daerah Kota Tinggi.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Puan Noor Nabilah binti Masnawi (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.