Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT

Admin
Julai 13, 2022

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Pemangku Raja bagi Bulan Julai fasa 1 Tahun 2022.

Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Simpang Kanan kampung baharu dan Mukim Sungai Punggor Daerah Batu Pahat.

Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.