Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
Disember 15, 2021

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) yang turut menyerahkan kurniaan di mukim Machap serta Renggam bersama-sama Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Machap dan Renggam.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit kanser, pesakit strok, pesakit kronik dan keluarga yang berpendapatan rendah serta kehilangan punca pendapatan.

Semoga setiap penerima akan terus tabah, cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang serta dikurniakan kesihatan yang baik.

Turut berdukacita mendengar berita pemergian allahyarham Suhaimi bin Yakop, pesakit kanser paru-paru yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Almarhum adalah salah seorang penerima agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang telah disampaikan pada hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Al-fatihah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.