PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
By contributor
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mohd Faiz bin Mohd Salleh (Ketua Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Niyor, Paloh, Kahang, Ulu Benut dan Machap, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit kanser, keluarga yang berpendapatan rendah serta kehilangan harta benda akibat kebakaran.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah, cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang serta dikurniakan kesihatan yang baik.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU