PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
By Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Puan Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah, Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Norazmi bin Md. Anuar, Penghulu Kanan serta Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada pesakit kronik, keluarga yang kehilangan punca pendapatan dan keluarga yang berpendapatan rendah.