Skip to main content

TERIMA MENGADAP PRESIDEN FILIPINA

Admin
Julai 27, 2023

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. dan pasangannya, Louise Araneta di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 27 Julai 2023.

Turut hadir sama dalam majlis pertemuan tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan isteri serta YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan isteri. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.