Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

Admin
Ogos 17, 2022

Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Kampung Sg Sembilang, Kampung Panchur, Kampung Johor Lama dan Kampung Teluk Sengat, mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Hadir sama dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai JKM Daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.