Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Admin
Ogos 17, 2022

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 2 dan 3 telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Penerima-penerima ini telah dicadangkan dan dikenal pasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Kesemua penyerahan kali ini melibatkan Mukim Pogoh, Mukim Jementah, Mukim Sungai Segamat, Mukim Jabi, dan Mukim Gemas.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.