PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KULAI
By admin
YBhg Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk di Mukim Kulai, Mukim Senai, Mukim Sedenak dan Mukim Bukit Batu.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang daif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut.
Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU