PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
By admin
Alhamdulillah, salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda telah disempurnakan penyerahannya kepada penduduk-penduduk di Mukim- Mukim dalam daerah Segamat, melibatkan sejumlah 11 buah mukim. Sebanyak 210 orang keluarga telah menerima manfaat atas kurniaan ini.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.