PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
By Admin
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 6 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti. Turut mewakili dalam penyerahan ialah En Mohd Fazle Bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat.
“Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan”.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa johor, khasnya penduduk daerah Segamat.
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.