PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN SEPTEMBER
By admin
YBhg. Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Lenga dan seterusnya menyantuni beberapa penjaja kecil nelayan darat di Jeti Lenga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Penjaja kecil dan nelayan darat ini antara yang terkesan akibat pelaksanaan PKP dan semoga dengan kurniaan DYAM TMJ ini memberikan suntikan kepada mereka untuk bangkit dan memulakan perniagaan dan aktiviti ekonomi di Kg Lenga.
Dataran Jeti Nelayan Lenga ini telah siap dinaiktaraf secara berfasa di bawah Program Kluster Pelancongan Tg Emas-Moakil bagi meningkatkan daya tarikan potensi pembangunan sosioekonomi di sungai Muar.
Turut hadir dalam lawatan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang dikenalpasti oleh pimpinan masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban.