PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA DUA BUAH MASJID DAN SEBUAH SURAU DI DAERAH MERSING
By admin
Julai 14, 2021
YBhg. Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat seperti berikut:
1) Masjid Kampung. Baru Air Tawar
2) Masjid Kampung Simpang Penyabong
3) Surau Kampung Semaloi
Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin, Kadi Daerah Mersing, En. Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat.
Semoga kurniaan sumbangan ini menjadi sumber pembangunan infra dan ilmiah di masjid dan surau tersebut.