Skip to main content

PERMAISURI JOHOR DAN TUNKU MAHKOTA JOHOR KURNIA JUADAH MAKANAN SEMPENA HARI RAYA

admin
Mei 14, 2021

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan juadah makanan kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kurniaan juadah makanan sempena sambutan Aidilfitri semalam (13 Mei) disampaikan kepada lebih 3,800 pelajar tempatan serta antarabangsa di kedua-dua institut pengajian tinggi awam berkenaan.

“Saya dan keluarga mengambil berat akan siswazah yang tidak dapat pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga, begitu juga dengan pelajar antarabangsa.”

“Dengan sumbangan ini, kami harap ia dapat menceriakan mereka di Hari Raya dan mengubati sedikit-sebanyak kerinduan kepada orang tersayang,” titah DYMM Permaisuri Johor yang juga Canselor UTM kepada Royal Press Office (RPO).

DYAM Tunku Mahkota Johor yang juga Pro-Canselor UTHM turut berkenan mengurniakan sumbangan RM40,000 kepada universiti berkenaan bagi meringankan beban pelajar yang memerlukan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.