PERTEMUAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN SINGAPURA
By Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong di The Treasury pada 11 Julai 2023.
Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan. Perbincangan ditumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Johor.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (BPEN) dan YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Johor.
Turut hadir adalah Catherine Wong, Ketua Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura, Joshua Lo, Ketua Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru dan Ng Kuan Khai, Timbalan Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura.
Allah Peliharakan Sultan.