MAJLIS SANTAPAN MAKAN MALAM BERSAMA MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGARA SINGAPURA
By Admin
Julai 10, 2023
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda menghadiri Majlis Santapan Makan Malam bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, YBhg. Dr Vivian Balakrishnan dan isteri, Puan Balakrishnan di Hotel Cappela, Singapura pada 10 Julai 2023.
Baginda turut berkongsi idea baharu bersama Dr Vivian sebagai usaha untuk meningkatkan hubungan rapat antara Johor dan Singapura. Pertemuan membabitkan kedua-dua pemimpin ini merupakan kesinambungan daripada lawatan Dr Vivian pada 13 Mac lalu di Istana Bukit Serene, Johor. Allah Peliharakan Sultan.