PROGRAM ANAK MUDA BANGSA JOHOR DAERAH KOTA TINGGI
By admin
Kami menyantuni warga emas dengan menyumbang tenaga melaksanakan aktiviti baikpulih kecil rumah, atap, mengecat, kerja-kerja elektrik, mengemas dalam dan luar kawasan rumah.
Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor atas keberangkatan mencemar duli ke program kami.
Sesungguhnya, kehadiran DYAM Tunku sangat menyentuh hati kami. Menjunjung Kasih atas nasihat dan dorongan DYAM Tunku kepada kami.
Bagi pihak Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah , Tuan YDP PBT Pengerang , Tuan Pengurus Besar Kejora, Tuan YDP Majlis Daerah Kota Tinggi, Pegawai Belia & Sukan Kota Tinggi, Tok Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Pengerusi MPKK dan semua agensi yang terlibat di atas tunjuk ajar , sokongan dan bantuan yang diberikan.
Jutaan terima kasih juga kepada Presiden MBNJ diatas kepercayaan dan peluang kepada kami melaksanakan program tersebut dan teristimewa buat semua sukarelawan Persatuan Belia Gabungan dan IKM Johor Bahru yang terlibat merealisasikan program tersebut.