Skip to main content

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

admin
Disember 09, 2020

Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir , Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 6 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian.

Sumbangan Kepada 6 Keluarga Yang Terlibat :-

1) Encik Harlee Bin Yatim (Mukim Ayer Baloi)

2) Encik Jamal Bin Baruji (Mukim Api-Api)

3) En Misron Bin Salman (Mukim Api-Api)

4) Puan Rosminati Binti Teriman (Mukim Ayer Baloi)

5) Puan Paniam Binti Rosdi (Mukim Ayer Baloi)

6) Encik Jamal Bin Sumari (Mukim Ayer Baloi)

Turut hadir : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Penolong Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai JKM Pontian serta Penghulu Mukim.

Tuan Pegawai Daerah Pontian juga menyampaikan kurniaan RM1000 daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada setiap keluarga tersebut bagi bulan November 2020 serta bungkusan sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Semoga kurniaan sumbangan ini meringankan beban keluarga ini.

Menjunjung kasih Tunku.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.