PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) PADA 01.12.2020 (SELASA) DI SEKITAR DAERAH TANGKAK
By admin
Pegawai Daerah Tangkak, Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad telah menyerahkan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada tiga penerima dari Mukim Serom, Tangkak.
Penerima pertama ialah Puan Rashidah Binti Zakaria, berumur 45 tahun. Beliau merupakan pesakit kencing manis & telah membuat pembedahan memotong kaki kirinya.
Penerima kedua pula ialah Puan Noriyah Binti Abd Aziz, berumur 71 tahun yang tinggal bersama anak serta cucunya. Beliau menghidap kanser payudara, masalah jantung serta masalah buah pinggang.
Penerima ketiga pula merupakan seorang OKU sejak kecil iaitu Adik Suhazrina Binti Miswan berumur 20 tahun.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Daerah Tangkak, Puan Nor Aisyah Binti Maulan, Penghulu Mukim, Encik Mahathir Bin Ab.Ghani, Pegawai Perhubungan Masyarakat India serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga penerima ini.