Skip to main content

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN ISMAIL, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTINA

Admin
Ogos 16, 2022

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, En. Roslan Bin Bokari, Penghulu Kanan berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Pontian.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.