Skip to main content

PROGRAM ZIARAH JEJAK ASNAF DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2021 DI MUKIM JOHOR LAMA, KOTA TINGGI

admin
Mac 18, 2021

Pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah menyantuni tiga orang penerima tersebut serta menyampaikan sumbangan wang tunai RM 1,000.00 Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor beserta bantuan bekalan makanan kepada setiap keluarga penerima.

1. Penerima pertama adalah warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Baru Sg. Sembilang Johor Lama. Beliau menghidap penyakit kanser Tiroid dan bergantung kepada jiran-jiran terdekat untuk mendapatkan bahan keperluan.

2. Penerima kedua adalah seorang remaja OKU (masalah pembelajaran) di Kampung Panchor, Kota Tinggi. Beliau merupakan seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudaranya iaitu seorang ibu tunggal dan penerima bantuan JKM.

3. Penerima ketiga adalah seorang warga emas OKU yang menghidap penyakit lembam, tidak berkerja dan mengalami tekanan perasaan selepas kematian suaminya. Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya di Kampung Panchor, Kota Tinggi.

Semoga keluarga penerima kurniaan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta terus tabah meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.

Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.