Skip to main content

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

admin
Mei 23, 2021

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mei Fasa 2 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Minyak Beku.

Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Pendekatan Ziarah Kasih ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Minyak Beku; dan Ketua-Ketua Kampung terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.