RUMAH GELANDANGAN SEMENTARA
By admin
Dalam situasi semasa pandemik ini, amat penting untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dipelihara, dan memiliki akses kepada barangan keperluan asas. Pada 6 Julai 2021, saya telah menitahkan agar tempat perlindungan sementara segera didirikan untuk para gelandangan di Johor.
Kerajaan Johor bertindak pantas dengan membuka dua tempat perlindungan sementara di Perling dan Anjung Singgah yang dapat menampung sehingga 200 orang. Tempat perlindungan kekal ketiga sedang dibina oleh MBJB di Taman Larkin Perdana dan dijangka siap menjelang Julai 2022.
Ini adalah komitmen saya kepada rakyat untuk memastikan mereka mempunyai tempat untuk berteduh dan tidak kelaparan. Rakyat didahulukan, daripada yang lain.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor