Skip to main content

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 3, DI MUKIM SERMIN, DAERAH SEGAMAT

admin
Mac 19, 2021

Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Mac Fasa 3.

1. Penerima pertama merupakan seorang warga emas yang mengalami bengkak kedua-dua belah kaki, menggunakan kerusi roda sepenuh masa. Penerima dijaga oleh isteri yang juga dalam keadaan yang tidak begitu sihat. Lokasi rumah penerima adalah di Kampung Sermin.

2. Penerima kedua merupakan warga emas yang terlantar, uzur dan terbatas pergerakannya.Beliau dijaga sepenuhnya oleh 2 orang anaknya. Salah seorang anaknya ialah OKU dan seorang lagi tidak dapat bekerja akibat diberhentikan kerana kesan dari pandemik Covid-19.

3. Penerima ketiga adalah OKU terlantar yang mengharap sepenuhnya bantuan serta jagaan rapi daripada penjaganya. Beliau dijaga oleh kakak kandungnya yang hanya menerima pendapatan dari pencen suami.Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat.

Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.

Menjunjung Kasih Tunku

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.