SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA TIGA BUAH KELUARGA BAGI BULAN APRIL FASA 2 DI MUKIM BULOH KASAP, DAERAH SEGAMAT
By admin
1. Penerima pertama merupakan warga emas yang terbatas pergerakan kerana faktor usia dan masalah kesihatan. Beliau tinggal bersama anaknya OKU di Batu 2 ½ Jalan Buloh Kasap.
2. Penerima kedua merupakan warga emas yang tinggal berseorangan. Pergerakan beliau terhad kerana mengalami masalah rabun yang kronik. Beliau tinggal di Kampung Kadut.
3. Penerima ketiga merupakan seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua. Beliau dijaga oleh anak-anak yang tinggal bersama. Tinggal di Simpang Kadut, Jalan Buloh Kasap.
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.
Menjunjung Kasih Tunku.