SESI SOAL JAWAB DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PARA PENYOKONG DI VAMOS COFFEE ROASTERY PETANG INI
By Admin
Disember 10, 2025
Semua penyokong dijemput hadir ke Sesi Soal Jawab bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Vamos Coffee Roastery jam 3.00 petang hari ini.
DYAM Tunku Mahkota Ismail akan berkongsi dengan para penyokong mengenai perkara-perkara terkini dan perancangan masa hadapan Harimau Selatan. Sesi ini juga akan disiarkan melalui platform FB Live laman JOHOR Southern Tigers.
📍Vamos Coffee Roastery (bersebelahan KFC Dataran Bandaraya Johor Bahru)
🗓 10 Disember 2025
⏰️ 3.00 petang
