TERIMA MENGADAP MENTERI PENYELARAS BAGI KESELAMATAN NEGARA DAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI SINGAPURA
By Admin
Disember 08, 2025
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari ini, 8 Disember 2025.
Baginda menzahirkan kegembiraan dapat bertemu seorang sahabat baik, Menteri K. Shanmugam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan pembangunan antara Malaysia dan Singapura, serta usaha berterusan bagi mengukuhkan hubungan erat antara Johor dan Singapura.
Allah Peliharakan Sultan.




