Skip to main content

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR

admin
Julai 03, 2021

Susulan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, pejabat-pejabat daerah negeri Johor pada masa ini berkerja keras untuk menolong setiap lapisan rakyat mendapat suntikan vaksinasi dan juga memberi bantuan kepada keluarga yang terkesan. Para belia Johor melalui platform Southern Volunteers turut membantu bagi memudahkan urusan vaksinasi Bangsa Johor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di setiap daerah dan mambantu mengagihkan sumbangan makanan dan barang keperluan.

Kita harus bekerjasama untuk membantu golongan yang terkesan dan memastikan objektif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai imuniti kelompok dapat dicapai dengan jayanya. Galakan secara berterusan untuk para belia menyertai Southern Volunteers bagi menambahkan bilangan ahli agar dapat membantu dalam skala yang lebih besar adalah penting pada ketika ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pejabat daerah dan sukarelawan Southern Volunteers yang memberi komitmen berterusan untuk menolong Bangsa Johor pada ketika ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.