TERIMA MENGADAP KETUA MENTERI SABAH
By Admin
Julai 17, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada hari ini, 17 Julai 2024.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk menerokai potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah serta menambah baik pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemangku Sultan Johor turut menitahkan agar JDT bekerjasama erat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dalam meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di kawasan-kawasan terpencil. Baginda turut memberi sumbangan peribadi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah. Allah Peliharakan Sultan.




