Skip to main content

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN KETUA ISI RUMAH BANGSA JOHOR BERSTATUS MISKIN TEGAR

Admin
Julai 17, 2024

Ketika Pembukaan Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 9 Mei 2024 yang lalu, saya telah menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah Bangsa Johor berstatus miskin tegar selepas 2025.

Alhamdulillah, bilangan ketua isi rumah berstatus miskin tegar di Johor telah dikurangkan daripada 1,132 pada April 2024 kepada 90 pada 10 Julai 2024.

Saya berharap Kerajaan Negeri Johor akan terus bekerja keras dalam mengenal pasti dan membantu mereka yang masih berstatus miskin tegar.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.